SOAL JAWAB




1. Boleh terangkan bagaimana agen topup ini beroperasi?

Pernah tak anda membeli topup di kedai, anda menulis nombor telefon anda kemudian orang kedai itu memasukkan topup ke handphone anda?


Ya, begitu juga dengan agen topup ini. Sistem ini dinamakan E-reload atau auto reload iaitu topup terus masuk ke dalam handphone anda tanpa perlu memasukkan kod tertentu. Dengan hanya menggunakan handphone, anda boleh membeli topup atau membayar bil di hujung jari anda.




2. Boleh jelaskan macam mana saya dapat untung dengan hanya menjadi agen topup?


Pertama, apabila anda menjadi agen topup, secara tidak langsung anda akan mendapat kelebihan agen topup seperti mana yang telah saya terangkan di halaman utama (klik sini). Kedua anda boleh rujuk keuntungan yang anda akan dapat di sini (klik sini).


3. Nak daftar agen topup ni perlu modal ke?

Sudah tentu kena ada modal. Kalau tak ada modal, dari mana topup tu datang? Cuma konsepnya di sini anda perlu tambah modal mengikut sebanyak mana pun yang anda mahu. Selepas itu, setiap pembelian topup akan ditolak daripada modal itu dengan harga yang lebih murah. Sekiranya modal habis atau tidak cukup, anda perlu tambah modal untuk membolehkan anda jual topup. 



4. Macam mana saya nak daftar jadi agen topup? Saya berminat.


Anda boleh pm nombor di bawah:


Whatsapp : 0163866787


5. Bagaimana cara nak beli topup?


Anda boleh menggunakan sms, telegram, facebook, gtalk, yahoo mesengger. Rujuk format beli topup di sini.


6. Macam mana nak dapatkan keuntungan sekiranya keuntungan itu hanya boleh dilihat pada baki modal?

Keuntungan komisen topup anda akan terletak pada baki modal kerana anda dapat harga agen(lebih murah). 


Akan tetapi, komisen mendaftarkan agen anda akan dapat daripada mereka yang ingin menjadi agen anda mengikut harga pakej yang anda tetapkan.

7.  Adakah saya perlu membeli mesin topup untuk menjual topup?


Tidak perlu. Anda boleh membeli / menjual topup dengan hanya menggunakan handphone anda sahaja. Pastikan nombor telefon anda aktif dan masih digunakan. Tapi sekiranya anda nak beli, terpulang la.


8.  Sekiranya saya menggunakan Celcom, adakah saya perlu menghantar ke server sms Celcom sahaja untuk membeli topup?


Tidak semestinya. Anda boleh juga menghantar ke server sms yang lain seperti maxis, digi, tunetalk dan lain-lain akan tetapi kadar cas adalah lebih mahal berbanding dengan menghantar ke server Celcom.


9. Adakah saya mempunyai had nilai untuk membuat penambahan modal?


Tidak. Anda boleh menambah modal berapa banyak pun mengikut suka anda.


10.  Adakah agen topup ini mempunyai tarikh luput?


Tidak. Agen topup ini tidak ada tarikh luput walaupun sudah lama tidak digunakan. Anda boleh menggunakannya seumur hidup selagi nombor yang didaftarkan masih aktif.


11. Adakah yuran menjadi agen ini perlu diperbaharui setiap minggu/bulan/tahun?


Tidak. Anda hanya perlu daftar sekali seumur hidup bagi satu pakej. Sekiranya anda nak upgrade ke pakej yang lebih tinggi, anda perlu bayar yuran pakej yang nak didaftar itu.


12.  Saya sudah membuat transaksi topup kepada kawan saya tapi kawan saya masih belum terima topup tersebut. Apa perlu saya buat?


Perkara penting yang anda perlu tahu sebelum membuat transaksi topup, anda perlu pastikan bahawa nombor kawan tersebut adalah betul sebelum menghantar ke server. Jika anda salah hantar nombor, pihak syarikat tidak akan bertaggungjawab ke atas kerugian anda. Sekiranya masih terdapat lagi masalah tentang transaksi walaupun anda sudah membuat dengan cara yang betul, sila hubungi HOTLINE untuk maklumkan masalah anda.


13.  Apakah syarat untuk menjadi agen topup ini?


Tak kira anda berumur berapa pun, asalkan anda boleh menggunakan handphone, anda boleh sertai agen topup bersama kami. Tapi bagi mereka yang berumur 13 ke bawah, sebaik-baiknya minta izin daripada ibubapa terlebih dahulu sebelum mendaftar menjadi agen.


14. Bagaimana cara nak upgrade daripada pakej B ke pakej A? 

Sila rujuk orang yang mendaftarkan anda (upline) untuk maklumat lanjut. 


15.  Boleh jelaskan bagaimana cara saya nak maksimumkan keuntungan sekiranya saya pakej B?


Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, setiap pakej mempunyai keuntungan yang berbeza (klik sini). Selain keuntungan menjual topup, anda juga boleh memaksimumkan keuntungan anda dengan cara mendaftarkan agen lain tanpa had.


CONTOH


Anda : pakej B
Daftar downline : pakej B
Yuran yang anda tetapkan : RM20
Modal yang anda beri : RM10
Untung yang anda peroleh : RM10

Sekiranya anda menetapkan yuran RM20 dan memberi modal RM10 kepada downline tersebut, ini bermakna anda memperoleh keuntungan sebanyak RM10 bagi satu orang.

1 orang = RM10
2 orang = RM20
10 orang = RM100


Bagaimana sekiranya anda mendaftarkan 10 orang setiap hari.
Bagaimana pula seminggu? 

Bagaimana pula sebulan? 

Jadi, pakej yang paling murah ini pun boleh dapat keuntungan apatah lagi sekiranya anda upgrade ke pakej yang lebih tinggi. Apabila anda upgrade pakej, secara automatik setiap kali agen yang anda daftarkan itu topup, anda akan dapat komisen. Dan anda juga akan dapat komisen ini sekiranya agen di bawah agen anda  topup. CUBA BAYANGKAN ANDA ADA 100 agen. Berapa banyak komisen yang anda dapat setiap kali mereka topup?




16. Boleh terangkan tentang proses komisen transaksi downline?






17. Apakah itu program AGENT GET AGENT?

Syarikat membuat satu program dipanggil AGENT GET AGENT. Ini adalah program yang syarikat baru wujudkan bagi memberikan peluang kepada DEALER bagi tujuan promosi. Baca di sini untuk meklumat lanjut.